Make your own free website on Tripod.com


TALI




Home
Page Title

OLEH CIKGU SHARIF
 
BALAI BOMBA TUN ISMAIL

TALI

     Hasil anyaman tiga atau lebih strand bagi membentuk satu lingkaran pada satu paksi tengah. Istilah tali tidak boleh digunakan pada anyaman yang mempunyai ukur lilit kurang daripada 12.5 mm atau garis pusat kurang daripada 4mm. Jika kurang daripada ukuran diatas, istilah kord (cord) hendaklah digunakan.

 

LINE

            Tali yang dipotong pada panjang yang tertentu untuk sesuatu kegunaan khusus tali menyelamat, tali penurun dan lain-lain.

 

BINAAN DAN SPESIFIKASI

            Tali diperbuat daripada serabut (serabut asli dan serabut buatan manusia) (natural and man made fibre) atau logam dan kadangkala campuran daripada kedua-dua bahan tersebut. Tali yang digunakan dalam perkhidmatan Bomba pada awalnya diperbuat daripada bahan berikut:-

 

1.      Italian hemp            - Serabut didapati daripada pokok hemp, lembut dan kuat.

 

2.      Manila hemp            - Serabut didapati daripada daun pokok Abaka (Abaka) senang dibentuk       dan kuat. Harganya murah dan sering digunakan di perlabuhan.

 

3.      Sisal            - Serabut didapati daripada daun pokok sisal. Mudah mengembang dan licin apabila terkena air (Jarang digunakan)

 

4.      Sabut            - Serabut yang didapati daripada pokok kelapa. Kurang kukuh dan ringan (mudah terapung) dan sering digunakan diperlabuhan untuk menambat kapal / bot (jarang digunakan)

 

5.      Kapas            - Serabut yang didapati daripada biji pokok kapas. Kuat dan lembut tetapi mudah rosak apabila bergesel dan dibengkokokan (jarang digunakan)

 


Tali yang digunakan sekarang kebanyakkannya diperbuat daripada Polyerster dan Nilon. Tali yang diperbuat daripada Polyester dan Nilon mempunyai sifat-sifat berikut:-

 

1.      Licin, lembut dan senang dikendalikan.

 

2.      Dua kali lebih kuat jika dibandingkan dengan tali yang diperbuat daripada bahan asli

 

3.      Mempunyai regangan yang tinggi dan berupaya menyerap beban kejutan

 

4.      Berupaya menampung beban berat berulang kali.

 

5.      Pengembangan yang sedikit sahaja apabila terkena air

 

6.      Boleh disimpan dalam keadaan basah tanpa menjejaskan keupayaanya oleh basah dan cedawan.

 

Piawaian British iaitu BS 3367 : 1980 telah menentukan supaya tali menyelamat tali penurun (Rescue And Lowering Line) hendaklah sama ada:-

 

1.      Tali jenis Ployester daripada tiga Strand Hawser Laid berukur lilit 16 mm dan mematuhi BS 4928 : Part 2

 

2.      Tali jenis Multifilament Polyester daripada lapan Strand Plaited berukur lilit 16 mm dengan berat dan minimum Breaking Load serupa dengan tali jenis tiga Strand yang dinyatakan dalam BS 4928 : Part 2

 

3.      Tali jenis Polyester daripada 16 Plait dengan teras (Corc) multifilament, Staple Fibre Sheath berukur lilit 16 mm berat minimum 14.5 kg pada panjang 100 meter dan minimum breaking load 4050 kg.

 

PENJAGAAN DAN PUNCA KEROSAKKAN

 

Dalam BS 3367 dan BS 4928 telah menyenaraikan cara pemeriksaan tali serta punca-punca kerosakkan adalah seperti berikut:-

 

1.      PERGESERAN

Mungkin disebabkan tali melalui bucu yang tajam dalam keadaan tali yang tegang atau ditarik pada permukaan yang kasar sehingga mengoyakkan dan menghauskan lembar tali.

 

2.      LUKA DAN MEMAR

Belitan tali berulang-ulang kali, pasir halus masuk kedalam tali, kesan pergeseran yang menyebabkan lembar tali dalam dan luar terputus menjadi putus-putus ini dapat dikesan apabila menjadi longgar dan saiznya menjadi lebih besar.

 

3.      BEBAN BERLEBIHAN

Beban yang berlebihan dikenakan kepada tali berulang kali menyebabkan berlakunya pertambahan panjang tali yang kekal. Ini mengurangkan daya serapan anjalan tali.

 

4.      HABA

Tali akan menjadi kerekot apabila terkena haba yang berlebihan.

 

 

5.      TERDEDAH KEPADA PANCARAN MATAHARI YANG KUAT

Tali yang terdedah kepada pancaran matahari yang kuat dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan lembar tali menjadi lemah.

 

6.      SERANGAN KIMIA

Tali buatan manusia walaupun tahan bahan kimia, tetapi apabila terkena asid pelaru atau spirit yang kuat juga akan merosakkan tali. Tali manila akan mengalami kerosakkan yang teruk apabila terkena bahan kimia terutama sekali asid dan alkali, sebagai langkah keselamatan semua tali yang tercemar dengan bahan kimia hendaklah diberhentikan penggunaannya.

 

7.      CENDAWAN

Tidak seperti tali asli, tali buatan manusia tidak terjejas apabila terkena cendawan. Semua tali asli yang basah/ lembab hendaklah dikeringkan tanpa mengunakan haba jika tidak digunakan.

 

TALI DAWAI (WIRE ROPE)

 

            Tali dawai adalah kombinasi dawai logam yang disusun mengelilingi gentian teras (Fibre Core) dan selalunya diperbuat mengikut BS 2763 : 1982. tali dawai lebih kuat daripada tali serabut (Fibre Rope) tetapi ia kurang fleksibel. Penggunaannya dalam perkhidmatan Bomba terhad kepada peralatan kebombaan seperti untuk tangga dan untuk Winching.

 

ANYAMAN TALI

 

            Tali boleh dianyam sama ada anyaman kanan atau kiri. Ayaman ini dirujuk dengan symbol ‘S’ dan ‘Z’. bagi tali buatan manusia, BS 4928 menentukan bahawa bagi tali tiga Strand (Anyaman untuk Plain atau Hawser). Arah anyaman hendaklah ayaman kanan ‘Z’ dan bagi lapan strand (Plaited) ia hendaklah mengandungi empat pasang Strand. Setiap selang hendaklah terdiri daripada dua pintalan ‘S’ (‘S’ twist) dan dua pintalan ‘Z’ (‘Z’ twist). Bagi tali asli BS 3367 mengkehendaki tali tersebut daripada tiga Strand dengan anyaman ‘Z’.


PEMBERSIHAN, PENGEMASAN DAN PENYIMPANAN TALI

 

PEMBERSIHAN TALI

 

            Tali asli tidak digalakkan untuk dibersihkan mengunakan air dan memadai hanya memberusnya bagi menanggalkan kekotoran yang melekat padanya kecuali tali saksen, tali buatan manusia boleh dibersihkan dengan air suam dan sabun yang kurang mengandungi kandungan sodanya.

 

PENGEMASAN TALI

 

            Tali-tali yang ada perlu dikemaskan supaya mudah dibawa, tidak berjuntai-juntai dan yang paling penting ia dapat melerai dengan bebas tanpa bersimpul/berbelit-belit ketika dilontarkan. Beriku adalah beberapa cara mengemaskan tali

 

1.      Beg Tali (Line Carrier)

 

Beg tali daripada kanvas atau plastik yang mempunyai harness adalah satu kaedah yang terbaik. Beg bagi tali penurun biasanya mempunyai port bagi menyimpan kaki tali atau mudah dibawa kecuali mengunakan harness.

 

2.      Kekemasan Figure of eight.

 

Ini adalah satu cara yang mudah dan cepat khususnya ditempat operasi dan tali dalam keadaan basah. Cara ini menjadikan kemasan tali kelihatan tidak kemas dan tidak mudah dibawa kecuali mengunakan harness

 

3.      Cara-cara lain

 

Terdapat pelbagai cara lain bagi mengemaskan tali. Antaranya satu cara yang digemari adalah dengan kaedah lingkaran (Coil)

 

 

 

 


PENYIMPANAN TALI

 

            Tali perlu disimpan dengan cermat dan betul supaya tidak mudah rosak. Berikut adalah perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika menyimpan tali:-

 

1.      Disimpan dalam bekas atau beg kanvas atau plastik bagi mengelakkan kekotoran serta mudah dibawa.

 

2.      Disimpan ditempat yang kering dan berudara dan jauhkan daripada minyak atau bahan kimia

 

3.      Jangan simpan tali atas lantai simen atau ditempat yang boleh berkarat

 

4.      Tali hendaklah diberi nombor dan direkodkan sejarah penggunaanya.

 

UJIAN TALI

 

Cara pengujian tali ada tiga

 

1.      PRAKTIKAL

 

2.      HYDROLIC

 

3.      VISUAL (PENGLIHATAN)

 

UJIAN CARA PRAKTIKAL

 

            Ikatkan satu bahagian hujung tali pada sepohon pokok atau tiang dengan kuat kemudian tali itu hendaklah ditarik oleh 6 orang selama 20 saat. Kedudukkan orang tadi hendaklah berselang-selang, apabila mencapai masa 20 saat tali yang ditarik hendaklah dilepaskan dengan kekuatan sederhana iaitu seorang demi seorang dari anggota yang membuat ujian tersebut

 

            Bagi tali Rapelling pada 4 orang (anggota) diperlukan untuk membuat ujian dengan cara bergayut pada tali yang berjuntai dari bangunan selama 10 saat. Apabila telah mencapai masa 10 saat tali hendaklah dilepaskan dengan kekuatan sederhana iaitu seorang demi seorang dari anggota yang menguji tali.


UJIAN CARA HYDROLIC

 

1.      Ujian Pemecahan D tan

     3

 

2.      Ujian Biasa            D tan

3

 

3.      Ujian Penyelamat            D tan

18

 

CARA VISUAL (PENGLIHATAN)

 

            Pemerikasaan tali cara visual (penglihatan) dimana tali tersebut diperiksa dengan cara visual (penglihatan) iaitu dengan cara meneliti (melihat) tali dengan teliti keadaan (sifat-sifat) tali dari hujung tali dengan rapi. Ujian cara Visual dilakukan seperti berikut:-

 

1.      Perhatikan dengan mata kasar.

 

2.      Lihat sama ada tali ada kesan lelasan, terpotong, terkoyak, jerumbai, kusut, terbakar dan lain-lain

 

3.      Pulasan pada tali harus dilakukan untuk mengetahui kesan bahagian dalam tali seperti pasir-pasir halus mungkin melelaskan tali bahagian dalam atau diserang bacteria (cendawan)

 

4.      Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan disepanjang tali tersebut sebaik ujian praktikal selesai.


CARA-CARA MENJAGA KARABINER, GLOVE, HELMET, HARNESS DAN FIGURE OF 8 DESCENDED

 

Pendahuluan

 

            Di dalam membuat latihan yang menggunakan peralatan Abseiling alat-alat tersebut perlulah dijaga dan disimpan ditempat yang khas dimana terjamin keselamatannya semasa digunakan kerana ia melibatkan denga jiwa orang yang gunakan dan ini boleh mengelakkan daripada berlaku kemalangan jiwa.

 

MENJAGA KARABINER

 

1.      Tentukan tidak di sangkut pada paku semasa disimpan

2.      Tentukan selepas diguna hendalah dicuci

3.      Jangan sekali-kali dilambong

4.      Jangan terkena asid atau bahan yang boleh mereputkan

5.      Jangan dibuat pengetok

6.      Jangan sekali-kali dijatuhkan ditempat yang keras

 

PEMERIKSAAN SEBELUM DIGUNA

 

1.      Periksa bahagian badan tentukan tidak tercalar dan tajam

2.      Tentukan ia tidak berubah bentuk

3.      Tentukan bahagian skru boleh dikunci

4.      Tentukan bahagian spring boleh berkerja

5.      Tentukan ia tidak retak

6.      Tentukan 100% boleh digunakan

 


MENJAGA GLOVE

 

1.      Tentukan ia tidak disangkut pada paku semasa disimpan

2.      Jangan terkena asid atau bahan yang boleh mereputkan glove

3.      Selepas diguna hendaklah dicuci

4.      Jika basah tentukan dikeringkan dahulu sebelum disimpan

 

PEMERIKSAAN SEBELUM DIGUNAKAN

 

1.      Tentukan ia tidak koyak

2.      Tentukan bahagian jahitan tidak terbertas

3.      Tentukan kiri dan kanan

4.      Tentukan saiz

5.      Tentukan ia 100% boleh digunakan dengan selamat

 

MENJAGA FIGURE OF 8/RES’Q8/DESCENDER

 

1.      Pastikan tidak disangkutkan pada paku semasa disimpan

2.      Tentukan selepas diguna dicuci

3.      Jangan sekali-kali dilambong

4.      Jangan terkena asid atau bahan yang boleh mereputkan

5.      Jangan dibuat pengetok

6.      Jangan sekali-kali dijatuhkan ditempat yang keras

 

PEMERIKSAAN SEBELUM DIGUNAKAN

 

1.      Pastikan bahagian badan tidak tercalar tajam

2.      Tentukan ia tidak berubah bentuk

3.      Tentukan ia tidak retak

4.      Tentukan ia tidak haus dari geseran

5.      Tentukan ia 100% boleh digunakan dengan selamat

 


MENJAGA HELMET

 

1.      Jangan digantung pada paku semasa disimpan

2.      Jangan terkena asid atau bahan yang boleh mereputkannya

3.      Jika basah keringkan dahulu sebelum disimpan

4.      Jangan dibuat alas tempat duduk

 

PEMERIKSAAN SEBELUM DIGUNAKAN

 

1.      Tentukan ia tidak retak

2.      Tentukan tali helmet tidak putus

3.      Tentukan bahagian pengunci boleh berkerja

4.      Tentukan ia 100% boleh digunakan dengan selamat

 

MENJAGA HARNESS

 

1.      Jangan digantung pada paku semasa disimpan

2.      Jangan terkena asid dan bahan yang boleh mereputkan harness

3.      Jangan diseret harness semasa membawa

4.      Jika basah tentukan kering sebelum disimpan

 

PEMERIKSAAN SEBELUM DIGUNAKAN

 

1.      Tentukan jahitan tidak terputus

2.      Tentukan harness tidak terputus

3.      Tentukan bahagian D ring harness tidak retak

4.      Tentukan bahagian D ring harness tidak berubah bentuk

5.      Tentukan bahagian buckle tidak retak

6.      Tentukan boleh digunakan 100%dengan selamat


Enter secondary content here

Enter supporting content here